"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Pameran kereta jadi tarikan

Posted by suhardi on 25 February 2008

 

 Hebat!!

 Oleh: Mohd Suhaidi Sautar

NILAI- Hebat dan meriah. Begitulah ungkapan yang dapat digambarkan pada pameran kereta yang menarik minat lebih 50 orang penggemar kereta sempena hari terakhir program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 2008 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program yang berlangsung di perkarangan Stadium Tertutup Nilai dekat sini bermula dari 14 hingga 17 Febuari dikendalikan oleh pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (FEM) tahun akhir dengan kerjasama bahagian Hal-Ehwal Pelajar USIM.

Pada pameran tersebut, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang telah diubah suai dengan kreatif oleh penggemar kereta tersebut.

Seorang peserta, Sakthi, 30, berkata, beliau telah terlibat dalam pengubah suai ini lebih dari empat tahun. Kerana hobi, beliau tidak kisah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai keretanya.

 “Setakat ini, saya telah menghabiskan kira-kira RM30 ribu untuk mengubah suai serta menambah aksesori dalaman dan luaran kereta saya ini,” katanya.

Bagi Azlan Ahmad, 34, beliau sudah lapan tahun terlibat dalam aktiviti ini. Dalam masa tersebut, beliau telah membelanjakan hampir RM78 ribu untuk mengubah suai keretanya.

“Bagi saya, kepuasan yang saya alami apabila memenangi sesutu pertandingan mengatasi jumlah wang yang telah dibelanjakan,” katanya lagi.

Beliau yang terbabit dalam perniagaan penjualan aksesori kereta ini juga mempunyai kelab tersendiri yang diberi nama “Kajang Motor Sport”.

Manakala Badrul Hisyam Subran, 30, berkata minatnya dalam aktiviti menghias kereta timbul selepas membaca majalah yang berkaitan dengan menghias kereta.

“Bermula dari situlah, timbul minat untuk melakukan aktiviti ini dan berterusan sehingga sekarang,” katanya.

Menurut pengarah program ini, Hanif Abd.Aziz, 24, beliau amat berpuas hati dengan penyertaan dan kerjasama yang diberikan oleh para peserta.

“Kami menjangkakan hanya 30 penyertaan sahaja, tetapi lebih 50 penyertaan tidak termasuk yang tidak mendaftar telah menyertai pameran ini,” ujarnya.

  

 Bagi Masyitah Idris, 25, pengalaman melihat pameran ini amat bermakna dirinya kerana acara sebegini jarang diadakan.

“Dengan adanya pameran ini, saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai cara-cara  mencantikkan kereta.

“Kereta pun kena solek jugak, bukan manusia saja,” tambahnya lagi.

Pameran yang berlangsung selama lima jam itu telah menarik minat ratusan pengunjung yang terdiri daripada para pelajar serta orang awam untuk melihat dengan lebih dekat kereta yang telah diubah suai oleh golongan individu dan kumpulan professional.

2 Responses to “Pameran kereta jadi tarikan”

  1. sahara said

    woww, gempak laa keta2 yg di pamerkan.mmg diorang ni minat habis kt modified keta ni.

  2. Mamanz said

    Artikel ini telah di “linkback” secara singkat ke alamat;

    http://syalog-automobile.blogspot.com/2009/01/pameran-kereta-jadi-tarikan.html

    dengan tujuan meningkatkan trafik sesama pengguna blog. Jika anda merasa mempunyai artikel menarik, anda juga boleh submit ke;

    http://syalog.blogspot.com mengikut “Network Topik” dan seterusnya membantu meningkatkan trafik blog anda!

    Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: