Adakah Cinta Memerlukan Sebab??
Posted by suhardi on March 12, 2008

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begituabang memang menyayangi dan mencintai Sayang!Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang bolehkatakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkankepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkansebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!“Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”






bbalqis said
die, suka tgk blog die n cite ttg adakah cinta memerlukan sebab, mmg best..yg pstinya, cinta itu susah untuk diluahkan dgn kata2, sukar untuk difahami & dimengerti..hanya mereka yg benar2 ikhlas dalam bercinta akan memahami apa itu CINTA…..
dpurple said
emm menarik citer ni…btl ckp bie, CINTA mmg ssh nak dimengerti,hanya yang btl2 je akan berjaya dan jodoh pertemuan ALLAH dah tentukan…kpd yg bercinta, berhati2lah yer…
nurul said
cinta sbnrnye x memerlukn sebab..
kita hanya perlu landaskn cinta hanya kerana Allah
budak comei said
adakah cinta memerlukan sebab..hmmm
klo cinta memerlukan sebab maknanya seseorg 2 x ikhlas dlm cinta..btol x..
cinta kerana cantik..klo dh x cantik x cinta la kan..ha kn x ikhlas
so cinta x memerlukn sebab..
n yg plg pnting ingtlah cinta kepada Allah..cinta yg hakiki
aiman said
cinta kan lumrah/fitrah..manusia..kalu ader sebab lain alasan jerk….kan normal kalu laki sker kt pompuan…lagi normal kalu isteri tnyer suami nk kawin lagi dier ckp nk(kalu x nasi baik bley kener cubit maut ker ape ker..)..yg jdi x normal bler dier ckp x nak….(mungkin nk jaga ati isteri kot../ataupun dier memang x berkemampuan)tp ..yg paling best nyer..si suami tue bley mencintai seorng pompuan lain sbgmaner dier cinta kt isterinye….kerana ituler fitrah lelaki….!!!(entah kenaper ramai pompuan xleh nk terima kenyataan ini…) mungkin isteri solehah jerk..yg bley terima kerana dier cinta kt suami nyer kerana Allah s.w.t bukan kerana laki tue walaupun tu memang suaminyer….