"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Jawapan Seni Dalam Pendidikan Modul 1/2..

Posted by suhardi on 11 June 2011

UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG
SOALAN TUTORIAL

Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan.
Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran
Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini.

 

.Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.
Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni.

Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.
Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.

Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban. Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam bidang pergerakan.

Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak mendengar ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana fizikal akan menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak jauh beza dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta memperlihatkan ekpresi emosi.

Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan memori yang panjang di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.
Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak rentaknya seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi, Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan perasaan mereka.
Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan, seperti denyutan nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak memnpunyai naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak denyutan memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan rangsangan. Selain penggunaan alat muzik untuk mengiringi pergerakan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan bunyi-bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh menggembirakan hati mereka.

Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai pergerakan secara intim, memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann pergerakan mereka. Untuk memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan kanak- kanak dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta dapat munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada adunan ritma, aktivitu seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan.
Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar irama muzik mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut. Melalui pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan andaian serta menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu pendidik meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan lagi. Dengan mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama lain.

Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini bererti kanak- kanak dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain masalah, memberi konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga ia dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana mereka cuba mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk melukis, mengukir, mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ia juga membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual mereka akan memperlajari membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas, mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk belajar kepada kanak- kanak untuk lebih megingati pelaran yang dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya malumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kapada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.

TAJUK 3 : IRAMA, WARNA DAN RUANG.

SOALAN TUTORIAL

Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda,tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut :
• Bunyi yang anda dengar
• Pergerakan manusia
• Susunan peralatan
• Warna-warna pada makanan,pakaian dan peralatan.

Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah.

Bunyi yang anda dengar :
• Bunyi loceng
• Suara murid bergerak ke kantin ,perlahan
• Suara murid membeli makanan,sederhana
• Selepas makan murid bermain,bunyi kuat
• Gambaran bunyi boleh dilihat pada bulan dibawah ini yang menunjukkan bunyi perlahan.sederhana, kuat dan senyap / perlahan.

Pergerakan manusia:
• Semasa bunyi loceng murid bergerak perlahan dan beratur.
• Semasa sampai di kantin murid bergerak secara sederhana untuk membeli makanan
• Setelah membeli makanan pergerakan agak laju dan suasana yang bising.

Susunan peralatan :
• Makanan nasi goreng mee, nasi lemak, nasi ayam, laksa disusun pada satu tempat.
• ayam goreng, kentang goreng Kuih-muih, disusun pada satu sudut lain
• Tempat membeli makanan lelaki dan perempuan diasingkan.
• Sudut buah-buahan juga berasingan dengan sudut minuman
• Susunan meja kantin antara lelaki dan perempuan juga berlainan
• Tempat melatakkan pinggan dan cawan yang kotor disediakan

Warna pada makanan, pakaian dan peralatan:
• Warna makanan pelbagai dan menarik merah, hijau, kuning, ungu.
• Warna pekaian bercorak-corak dan bewarna
• Warna peralatan pinggan, mangkok, merah , hijau, kuning.

Aktiviti yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah membuat pergerakan bebas

Di seluruh kawasan bilik darjah :
• Berdiri tegak di kawasan yang bebas keseluruhan kelas dengan tangan melakukan pergerakan perlahan
• Meneroka ruang di sekeliling bilik darjah sambil meregangkan tangan secara perlahan, sederhana, laju dan perlahan ke hadapan dan ke belakang.
• Dengan iringan muzik seperti Lagu Gazal Pak Ngah Balik Bulan Mengambang
murid bergerak mengikut rentak pergerakan secara kreatif mengikut ruang dalam
bilik darjah.

TAJUK 4 : DERIA DAN SENI

SOALAN TUTORIAL

i) Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya, dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru.

1. Lihat -
• melihat dan menganalisis apa yang dilihat.
• melihat sesuatu pemandangan, objek atau peristiwa.
• memahami apa yang berlaku.
• berlaku dalan P&P sehari-hari murid melihat carta, gambar dan guru mengajar untuk menambah ilmu pengetahuan.

2. Lidah (rasa)
• mengerut muka apabila merasa masin.
• menunjukkan sesuatu yang tidak disukai.
• guru boleh menggambarkan ekspresi muka yang berkerut apabila memarahi murid. Ini menunjukkan guru tidak suka pada kelakuan tersebut.

3. Dengar
• mendengar muzik dan meggerakkan kaki, menari atau menghayati sesuatu yang didengar.
• suasana yang tenang ( tidak bising).
• mendengar pengajaran guru di dalam kelas.

4. Hidu
• Gembira – bau wangi
• Tidak ceria-bau busuk
• suasana kelas yang wangi, tidak berbau dengan bauan boleh meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran .
• bau badan akibat berpeluh tidak menyelesakan proses P&P.
ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti perlakuan di sekeliling kehidupan harian anda.

iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan .

Aktiviti Jenis Deria
• Melukis gambar pemandangan dan warnakannya
• Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa dalam gambar tersebut
• Pelajar mengekspresi suasana dengan menggunakan alat-alat muzik
( Gambar Suasana Pantai )
-Lihat, rasa
Pergerakan perlahan
– sangat perlahan

Piano ( Irama yang syahdu dan mendamaikan )
• Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia.
• Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual

Dengar, rasa, lihat, sentuh

Muzik – Jangan kau mimpi

• Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan kontur sesuatu permukaan
• Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas.
• Pelajar membanding beza sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan. Rasa – Lembut atau kesat
Rata atau mengerutu
Kertas pasir- Mengerutu
Benang bulu – lembut
Kapas –halus dan ringan
Lembut – perlahan
Kasar –agak keras dan agresif
Kesat – sederhana perlahan
• Membuat latihan pernafasan
• Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukis imej visual mengikut sepertimana yang diekpresikan.
* Mulut yang ketiga di sebelah buat mata sepet seperti nyaman Tarik nafas selama 5 saat
(tulis sendiri – harum, busuk, nyaman ) Susah nak tulis

TAJUK 5 : PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

SOALAN TUTORIAL
Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan anda dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahan-bahan gantian untuk menggambarkan eksplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu.

LAKONAN – SITUASI DI PASAR MALAM

Eksplorasi
Penggunaan Ruang, Warna dan Bunyi
Ruang : Perlakuan aktiviti jual beli / tempat berniaga / kawasan (tapak gerai)
Warna : Peralatan, Bahan Jualan, Pakaian, Tempat / Kedai
Bunyi : Muzik, Bising (orang bercakap), penggunaan alatan (Plastik, timbang, bakul-bakul dan sebagainya
Pengalaman
Membeli barangan di pasar malam.
Contoh barangan yang dibeli : makanan buah-buahan, barang-barang kering, barang-barang basah, pakaian, kasut, air dan barang-barang plastik.
Ekspresi
Proses tawar menawar antara pembeli dan penjual melibat ekspresi wajah.
Proses membeli dan menjual juga melibatkan ekpresi wajah.

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

1) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak – kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai – disokong oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Setiap potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tersebut ialah:

a) Kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.
b) Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta gambaran mental serta mengamati dunia visual.
d) Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.
e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari.
f) Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.
g) Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama,refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.

Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid – murid dapat membentuk imaginasi yang berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baru. Berdasarkan rangsangan yang diberikan murid –murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis sebagaimana yang dinyatakan dalam kecerdasan logikal – matematikal.

2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak – kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan – Teori Konstruktivisme ada menyatakan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ – organ deria akan bertindakbalas dengan rangsangan – rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan dalam suatu situasi yang sesuai.
Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama – sama menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut beberapa perkataan yang baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan baru.
Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.

3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan – Di sokong oleh Hermann yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing – masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti – aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan disaksikan.

4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran – Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan pembelajaran. Ini kerana, kanak – kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak – kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.

Rujukan

Brualdi, Amy C.( 1996 ) Multiple Intelligences: Gardner’s Theory. (ONLINE): Available: http://www.teachersrock.net/Edigest_2.htm

Mok Soon Sang ( 2003).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI(Sekolah Rendah:Komponen 1& 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Salmah Ayob (1992) Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan .Flo Enterprise Sdn.Bhd. (soalan 3)

One Response to “Jawapan Seni Dalam Pendidikan Modul 1/2..”

  1. Berita Terbaru…

    […]Jawapan Seni Dalam Pendidikan Modul 1/2.. « "Bbdah"[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: