"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

USIM today

Posted by suhardi on 15 February 2008

Sutera Indah anjur hari mesra pelanggan

Oleh: Mohd Suhaidi Sautar

NILAI: Meriah dalam kesederhanaan. Itulah gambaran yang dapat diperkatakan bagi program hari mesra pelanggan Kolej kediaman Sutera Indah bersempena dengan Minggu Intergriti USIM 08.

Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Azam Entertainment, telah menarik minat 70 orang peserta yang terdiri daripada penghuni kolej kediaman tersebut. Selain senamrobik, diadakan juga permainan bola jaring lelaki, futsal serta sukaneka.

Menurut Akmal muzamir, 21 tahun, selaku pengarah program, tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan pengetua kolej kediaman serta memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar itu sendiri.

“Selain daripada itu, tujuan program ini dianjurkan adalah bagi memperkenalkan barisan JAKSA Sutera Indah kepada para penghuni kolej kediaman,” ujurnya lagi.

Menurut pengerusi JAKSA Sutera Indah, Muhammad Ridhuan Jaafar, 23 tahun, program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di sini.

“Diharap program ini bukan sekadar program, malah ukhwah yang diharapkan terjalin, akan tersemai selama-lamanya sebagai platform untuk menwujudkan perpaduan muhibbah di kalangan para pelajar,” ujurnya ringkas.

Bagi seorang peserta, Kamarul Hafis, 24 tahun, menegaskan program seperti ini patut diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan silaturahim setiap pelajar.

“Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahuim malah boleh menyihatkan badan. Tanpa badan yang sihat, tidak mungkin para pelajar dapat belajar dengan sempurna.

“Juga sebagai tanggunjawab saya sebagai penghuni kolej kediaman untuk menyertai program ini bagi memeriahkan majlis ini serta sebagai sokongan kepeda pihak pengurusan yang bersusah payah menganjurkan majlis sebesar ini,” ujurnya penuh semangat.

Bagi Ahmad Fahmi Najiy, 24 tahun, program sebegini bagus dan berjalan dengan lancar dengan penglibatan para penghuni kolej.

“Sambutan yang menggalakan dan diharap pihak penganjur dapat memperbanyakan lagi acara bagi menarik minat lebih ramai lagi para penghuni kolej menyertainya,” ujurnya ringkas.  

Menurut Mohd Sirajuddin Safai’, 21 tahun, program sebegini merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan sesama pelajar. Namun terdapat sedikit kekurangan dalam penganjuran program ini.

“Muzik yang diputarkan semasa senamrobik tidak bersesuaian dengan suasana pelajar USIM yang lebih bercorak islamik.

“Walaupun nampak remeh, masalah ini patut diambil kira oleh pihak penganjur untuk diperbaiki pada masa akan datang,” tegas beliau lagi.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan majlis interaksi di antara penghuni kolej kediaman dengan pengetua kolej kediaman. Majlis ini diadakan adalah untuk mendengar permasalahan yang timbul di kalangan para penghuni kolej  serta mencari jalan penyelesaikannya.

 Acara kemuncak pada malam itu adalah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah penolong pengurus asrama dan felo KKSI. Para hadirin dijamu dengan jamuan BBQ.

   ### ENDS….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: