"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

United kian membara

Posted by suhardi on 21 February 2008

MANCHESTER: Hanya dalam tempoh seminggu, Manchester United mengalami dua perlawanan berbeza.Minggu lalu, United diaibkan dengan kekalahan kepada Manchester City di depan penyokong sendiri. Kelmarin, United mula bermegah selepas pusingan kelima Piala FA dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Arsenal.

“Seluruh pasukan bangga dengan pencapaian ini. Nyata, ia persembahan menarik dan cara terbaik untuk atasi kekalahan minggu lalu,” kata pengurus United, Alex Ferguson.“Saya rasa pasukan lawan kecewa dengan diri masing-masing.”United bukan saja mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA, malah memberi kelebihan psikologi kepada The Red Devils sebagai salah satu usaha merapatkan jurang lima mata di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.“Saya harap keputusan ini memberi impak kepada saingan memperolehi takhta liga musim ini. Apabila Arsenal ke Old Trafford, April ini, mereka sedar akan berdepan perlawanan sukar,” tambah Ferguson.“Siapa tahu, dalam tempoh dua bulan ini, kedua-dua pasukan mungkin berada di posisi berbeza. Namun, keputusan ini semestinya memberi kelebihan pada kami untuk perlawanan liga.”

Ledakan pembukaan Wayne Rooney memberi kelegaan kepada skuad memandangkan beberapa pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez, Ryan Giggs dan Owen Hargreaves direhatkan sebagai persiapan saingan kelompok 16 Liga Juara-Juara menentang Lyon, Rabu ini.

“Ia membolehkan mereka tampil segar dan menjadi pemain utama hingga tamat musim ini,” kata Rooney. “Kami terpaksa turunkan semua pemain dalam setiap perlawanan sepanjang musim lalu.”

Tanpa bantuan Ronaldo dan Tevez, Rooney mulanya diramal sukar mengadaptasi formasi 4-5-1.

Bagaimanapun, penyerang United itu membuktikan dia mampu menyerang meskipun keseorangan.

Dengan ramai barisan pemain tengah dan saya, Rooney beraksi penuh tenaga selepas digantung minggu lalu, hingga mencetuskan gol pembukaan United pada minit ke-16.

Rooney kini mengharapkan United berdepan Chelsea dalam saingan suku akhir tatkala undian perlawanan seterusnya diadakan hari ini.

“Saya mahu menentang Chelsea di tempat sendiri dan cuba tewaskan mereka,” katanya. – AP

“Selepas itu, kami akan ke separuh akhir dan saya pasti kami akan teruskannya dari situ.”

One Response to “United kian membara”

  1. hidup manchester united…….
    jangan lupa main ke blog saia ya…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: