"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Pendapat tentang CINTA oleh ilmuwan-ilmuwan Islam

Posted by suhardi on 12 March 2008


Menurut Imam Al-Ghazali di dalam bukunya Kimia as-Sa’adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai suatu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah pula menanggapi cinta sebagai sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyikkan. Beliau juga mendefinisikan cinta sebagai gejolak perasaan yang muncul apabila orang bercinta merasa amat rindu dan terkenang-kenangkan yang dicintainya.Pendapat Ibnu Hazm pula aku rasa yang paling best sekali. Di dalam bukunya yang bertajuk The Ring of the Doves, sebuah epik percintaan yang tulen, menyatakan bahawa realiti percintaan hanya boleh difahami melalui pengalaman peribadi. Menurutnya lagi cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang-undang. Kehadirannya diiktiraf oleh seluruh manusia dan Tuhan. Cuma yang menjadi perhitungan adalah pengamal cinta tersebut, adakah berlandaskan hukum Tuhan, atau semata-mata menurut hawa nafsu sahaja. Betulnya cinta terletak pada cara dan perlaksanaannya. Beliau mendefinisikan cinta sebagai kesatuan di antara dua jiwa yang sebelum ini terpisah di alam dunia.

Tambah beliau lagi, cinta adalah penyatuan kepada roh-roh yang terpisah di alam nyata. Ia adalah penyatuan kepada roh-roh yang terpisah di alam nyata. Ia adalah penyatuan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kewujudan yang agung.

Pendapatku tentang definisi CINTA.

Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang cinta. Allah s.w.t telah meyeru kepada kita untuk membuktikan cinta kita pada-Nya maka ikutlah segala sunnah Rasulullah s.a.w dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t:- Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Ayat 31 : Surah Ali’Imraan)

Bagiku cinta itu sangat luas definisinya dan dalam maksudnya. Tidak dapat diterjemahkan secara literal mahupun istilah semata-mata. Ianya hanya dapat diterjemahkan melalui pengalaman individu itu tersendiri. Cuma di mana hendak kita letakkan batasannya dan cara pengawalannyaMudah sahaja jawapannya, banyakkan berdiskusi dengan pelbagai jenis orang seperti alim ulama, ibu bapa dan juga kawan-kawan yang dah ada pengalaman. Kawan-kawan yang jenis warak sudah pasti berbeza dengan pandangan mereka yang mengambil ringan batasan-batasan yang dibimbing oleh agama. Tapi tidak kira sesiapa pun yang beri pandangan ianya memang sangat-sangat berguna untuk dijadikan pedoman dan sempadan.Cinta bagiku suatu perasaan yang sangat-sangat mendalam, asyik, rindu, resah, gelisah, rasa tanggung jawab, sayang, kasih pada orang yang kita sayangi dan cintai.Zina itu kan luas aplikasinya. Bukan setakat hubungan seks bebas tetapi juga ada zina mata, zina hati dan anggota badan yang lain. Bagiku cinta sebelum kahwin hanyalah untuk Allah s.w.t, Rasul, Ibu Bapa, Ahli Keluarga, diri sendiri dan buku-buku atau ilmu. Hati sentiasa akan gelisah jika tak laksanakan segala apa yang dicintai inginkan.Sayang, kasih dan cinta berbeza darjatnya bagiku. Sayang dan kasih ni hanya bersifat luaran atau surface dan tak sedalam cinta. Sayang ni terlalu umum sifatnya. Bila kita dah mula sayang padanya (wanita itu) ianya hanya sekadar mukadimah kepada cinta yang akan teruji oleh masa dan keadaan.

Sifat-sifat cinta…

Cinta itu sendiri bersifat solid dan utuh. Tidak akan goyah diuji oleh masa dan keadaan. Contohnya:- Macam hubungan cinta antara ibu dan anak. Kalau kita ada masalah atau sakit si ibu pun boleh rasa sakit atau termimpi-mimpi pada kita. Kalau kita teringat pada ibu kita tiba-tiba ibu kita telefon kita. Perasaan cinta ini akan mewujudkan komunikasi cara telepati (hubungan hati atau deria keenam).

Pada pendapatku, bila kita dah mula suka pada seseorang wanita itu, berdoalah banyak-banyak pada Allah s..w.t dan buat solat istiharah supaya dipermudahkan jalan untuk mengenali dirinya dan doa pada Allah supaya rasa suka dan sayang yang mula wujud itu tidak terseleweng oleh tipu daya syaitan. Tapi kalau korang boleh elak untuk rasa suka dan sayang pada wanita bukan muhrim sebelum kahwin itu memang-memang sangat-sangat hebat.

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Jika kita inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup, senang sahaja, kita kena mulakan ubah diri kita ke arah kebaikan terlebih dahulu. Kita dulu kena jadi orang yang soleh.

PenutupPada awalnya hendak ulas ringkas sahaja. Tapi dah jadi banyak dan panjang pula. Artikel tentang cinta ini aku tutup dengan Doa Khas untuk mereka-mereka yang sedang berkasih sayang atau pun bercinta…Ya Allah,… Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.Ya Muhaimin,… Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,… Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta insane yang tidak menyintai-Mu.

Ya Rabbana,… Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,… Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,… Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,… Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah,… Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,… Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah…. Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu….

Amien Ya Robb… Amien Ya Robbal ‘Alamien….

13 Responses to “Pendapat tentang CINTA oleh ilmuwan-ilmuwan Islam”

  1. sahara said

    hemm..CINTA.1 p’kataan keramat gok tuh.ssah gak nk komen.tp stiap ore kan ado raso cinta tu. yg penting, igt laa cinta kpd Allah.

  2. syarif said

    d..mu jgn la lex article pjg2 sgt mcm article “cinta” ni..pjg ma,aku pun mals nk baca,org lain jgn arap la nk baca..hehehe
    so kawe pikir baik demo tulis@copy paste hok article pendek2 jah..baca pun sedp..
    kalu masuk article hok lucu2 pun molek jgl..
    ade gak kelainan..
    hehehe…
    peace;

  3. Mr. X said

    Cinta is Ngentot

  4. Hasni said

    Assalamu’alaikum w.b.t. Sebelum ana komen artikel ini, terlebih dahulu ucapan “mabruk” dari ana untuk “Budak Qlate”. It’s a nice article. Dipuji bukan kerana ia adalah artikel tentang cinta TAPI kerana diberi petunjuk oleh-Nya untuk menulis artikel sebegini. Sebuah artikel yang memang boleh dimanfaatkan oleh semua masyarakat KHUSUSNYA anak muda di zaman yang serba canggih ini, dunia yang semakin menuju akhirnya.

    Tidak dapat dinafikan ramai remaja hari ini (boleh dikatakan 100% kot-setuju??), terikut-ikut dengan cara couple budaya asing yang memang asing lagi terasing dengan budaya Melayu yang sepatutnya penuh sopan santun lebih-lebih lagi ia bercanggah dengan cara Islam.*****. Bagi mereka “xsyok” kalau xdapat pegang2, peluk2 pasangan, xindah perhubungan…..panggil mama papa, cium tangan pasangan kononnya hormat macam suami isteri (apa daa)…

    Bila ditanya tahu ke perbuatan tu berdosa, bersentuhan perempuan dan lelaki yang bukan muhrim, jawab mereka, tahu…tapi ntah la…(ASTAGHFITULLAH jawapan……..rasa nak tampar muka tu pun ada…..tapi itu bukanlah cara yang berhemah dan berhikmah kan…)…Bila hati tak boleh menafsir apa itu sebenaqnya cinta yang hakiki mengikut lunas2 Islam, nafsu mengatasi iman dan segala2nya…Bak kata PEPATAH (Maaf xtahu betul ke x sebut pepatah), bila berdua PASTI ada yang ke-3 iaitu syaitan laknatullah…(Time ni la anak, mak, bapak, cucu, cicit, ciat iblis keluar, yang kurus jadi gemuk, yang gemuk makin gemuk berisi huhuhu).

    Akhir kalam, semoga artikel ini dimanfaatkan sebaik2nya oleh semua lapisan. Yang baik dari ALLAH, yang buruk dari ana… **Naik kereta dengan abi, nanti tulis la banyak2 lagi..🙂 **

    GUD LUCK IN UR LIFE…Semoga dirahmati dunia akhirat, amin……….INSYA-ALLAH!!!!

    ~~~ @n@k Ql@te ~~~ Chaiyok3x……..🙂

  5. budakcomot said

    salam.sy sokong hasni ckp.tp sume kita x leh dr rasa cinta kan..hemm, tp pndai2 laa jaga batas n adab bknsbg MELAYU ttp sbg org ISLAM. wassalam

  6. budak comei said

    lagi senang kwin je terus..x yah bercinta…blh x??
    selamat dunia akhirat

  7. gurl said

    bercinta tp jgn smpi nafsu menguasai akal dan iman..

  8. budak comei said

    klo nk selamat x yahla bcinta..kawin terus..blh x..
    I.Allah selamat dunia akhirat

  9. faiszah said

    Saya juga sokong kata2 u’all…
    Tp sya nie bdak Johor la..
    Boleh dkatakn kat Johor, budaya nie dianggap biasa..
    Tp sya tidak lah menyokong…
    Bg sya setiap insan dilahirkn di dunia nie perlukn cinta dan kasih syg..
    cume kite perlu pikir halal haram,baik buruk sumenye..
    sbgai bangsa seagama..ape prlu kite lakukn spatutnye…?
    Sekadar Menasihati mereka…Mampu ke kite?
    FIKIRKN LAH …

  10. an_nur said

    salam.. erm…..bg saya cinta sesama insan ni xpcly 4 student, selain cinta kpd Allah n Rasul ni perlu ader btsnnyer… jgn truskn jk trdpt 4P iaitu Pndg2, Pgg2, Peluk2 n d last one Przinaan… auzubillah.. Cinta yg utma ialah cintailah Allah n Rasul kt, next Parent, family n friends. dets ol… wasalam

  11. nurul said

    sy sokong bdak comot….oo ad pengalaman ek
    em knala jg adab dan prgaulan..
    i.Allah selamat

  12. budak comei said

    oo faiszah bdk jhor ye..sy bdk comei..hehe
    btul la..kta kena jaga batas n pk halal haram
    2 yg penting

  13. Awir_007 said

    CINTA membawa maksud yang amat luas,boleh jadi ia merupakan penghubungkita kepada Allah.Boleh jadi juga ia merupakan pembuka kepada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan…..
    jadi beringat-ingat lah semua agar tidak tersilap langkah….Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: