"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Indahkan detik bercinta..( Untuk yg B’Cinta la..huhu )

Posted by suhardi on 21 March 2008

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.

1. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

 2. Iklan di surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan. Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

 Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

10 Responses to “Indahkan detik bercinta..( Untuk yg B’Cinta la..huhu )”

  1. nurul said

    salam..nice blog
    erm lumrah org b’cinta mcm2 rsa..(ye la kot)
    cinta blh buatkn kta jd lagho n leka..
    tp cinta sesma m’sia x kn kekal walau sedlam mana cinta ditanm (dlm ati ler)..
    so kta knala cri cinta yg hakiki iaitu cinta pda Allah.
    smoga kta sntiasa dlm redha-Nya

  2. frenzy said

    indah ke b’cinta.x la indah sgt.mcm2 perkara berlaku.
    kadang2 indah, ade gak yg m’bengongkan fikiran, hahahaa.

  3. superman said

    cinta kdg2 xperlu dilafaz …. ianya akan hadir dlm diri stp makhluk ciptaan Allah….. tp awas jgnlah cinta insan melebihi cinta kita kpd Allah swt

  4. bdk comei said

    betul 2 superman..cinta sesama manusia x blh melebihi cinta kpd Allah..coz hidup n mati kta hanya kerana Allah

  5. budok qlate said

    aiyo..tq ni nice panduan untuk kita..=)

  6. erny suhaida said

    umm…mcm2 pendpt kita leh dgr bila sentuh bab cintan ni…
    neway sumenya terpulang pd individu…as long as kita melihat ke arah kebaikan…
    jgn la sampai cinta kita pd seseorg 2 membuatkan kita hanyut & alpa…xingat sape dr kita…mak ayah kita…n of course jgn la lupa Tuhan…….
    ada 1 mutiara kata yg nk sy kongsikn…
    “Hati menjadi indah dan tenteram dengan mencintai Allah, tetapi hati belum tentu bahagia apabila mencintai seseorang..”
    renung2 kanlah….(”,)

  7. EX MONITOR 6AAB said

    jiwang karat gle…. ingt ni zaman p.ramle ngan saloma ke???
    x sesuai je… tp bg yg dilamun cinta, memag elok la baca. ak x lg ot. x sampai seru lg…

  8. hafsah said

    Jiwang nampak hang, tau la tgh bercinta kan …hehe,aku xberminat nak baca sebab aku xbercinta dah,tapi aku nak nak bagi nasihat kat kekawan aku, jng terlalu hanyut dah la, belajar dlu, pastu leh pikir….heheh
    bye

  9. hatta_sinchi said

    tol tu hafsah….kdg2 pk org laki ni mcm sengal jer pala otak ni kan…baik pk how to improve my money..hahahhha…bhgia jer rs

  10. diya said

    salam di…such a good article.kadang2 cinta buat orang bahagia dan adakalanya sengsara…anyway cinta biarla berpada2…jgn terlampau fanatik ngan cinta.betul x???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: