"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Lagi rumah sewa diceroboh

Posted by suhardi on 1 April 2008

Oleh: Mohd Suhaidi Sautar dan Hifzull Amri Che wan Hamat

NILAI- Seramai tujuh orang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Multimedia, kerugian hampir RM 1,600 setelah rumah mereka di Desa Anggerik dimasuki penceroboh.   Menggunakan modus operandi yang sama seperti sebelum ini, penceroboh menjadikan rumah sewa pelajar sebagai sasaran iaitu ketika semua penghuni keluar untuk menunaikan Solat Jumaat, sebagaimana kes yang pernah di laporkan sebelum ini.  Dalam kejadian sekitar jam 1.35 petang, semua penghuni rumah tersebut berputih mata apabila menyedari kediaman mereka telah diceroboh.    Kejadian itu disedari oleh salah seorang penghuni rumah tersebut, Ahmad Syahir Jaafar, 25, yang pulang dari masjid dan mendapati tingkap di tingkat dua rumah sewa mereka terbuka di samping keadaan di dalam rumah berselerak. Antara barangan yang didapati hilang ialah tiga buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM 100.  “Apabila saya sampai di rumah, saya terperanjat melihat tingkap rumah terbuka dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku,” ujurnya.   Salah seorang mangsa, Mohd Syafiq Abu Hanifah, 23, yang turut kehilangan sebuah telefon bimbit serta wang tunai mengesyaki mereka yang terbabit dalam kes ini terdiri daripada warga asing yang sering berkeliaran di kawasan ini.   “Kes pecah rumah sudah banyak kali berlaku dan saya mengesyaki orang yang sama melakukannya,” katanya lagi.  Seorang lagi mangsa, Mohd Azizi Omar, 24, tidak menyangka sama sekali kejadian tersebut berlaku di kediaman mereka kerana setiap penghuni telah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara ini.    “Saya sebagai ketua rumah sewa ini sentiasa mengingatkan mereka supaya memastikan semua pintu dan tingkap rumah dikunci sebelum keluar.  “Kawasan kediaman yang kami diami sekarang ini dikenali sebagai kawasan hitam dan menjadi perhatian pihak polis, kerana pelbagai kes pecah rumah telah berlaku di sini,” katanya yang turut kehilangan sebuah telefon bimbit. Sementara itu, Ketua Balai Polis Nilai, Chief Inspektor Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan tersebut lebih berhati-hati dan peka kepada keadaan sekeliling.

17 Responses to “Lagi rumah sewa diceroboh”

  1. uitm boys said

    berhati2 lah pelajar2..mmg ore indon ni slalu wat hal. kt uitm ni pon sama.

  2. ayien86 said

    laa..ni apesal asyik kena ceroboh je..nampak sangat dah tak selamat duk kat luar..

  3. Shakirah Sallehuddin said

    Moga ianya menjadi iktibar kpd kita agar lebih berwaspada..Mabruk a’la juhdika fi dirasah.

  4. hairul said

    mmg ore indon ni jahat bangat. dh laa mnumpang kt negara orang.. weeiii, indon2 sna, insaflahh. carik laa kerja yg halal.

  5. eriey said

    bagus la tu.. yg penting kita kna berhati2. jgn bg muka kt org2 indon lg

  6. choks buoh said

    kita sbg plajar kna berhati2.. org2 len tahu kita sume bnyk brg2 berharga kt umah kita. lap top, hnset.mahal tuuu

  7. sahara said

    kesian laa bdk2 tu kan.. kalo laa diorng tu semester akhir, nak2 pulak sume keja dlm lp top. x ke haru hijau biru putih kuning merah hati diorng.. kalo akuuu, ishhh x tau ape nk cakap.

  8. cek mek molek said

    sabar laa.. yg penting, hidup mesti di teruskan. caiyok

  9. mok su said

    mmg laa kna sbr, tp dh laa poket sengkek hjung sem ni.

  10. puteri sayang said

    indon yg bengong.krn nila stitik, rosak susu sebelanga

  11. permaisuri said

    mcm mana laa pencurik tu tau ek nk msuk umah. x kn jiran2 x nmpak.

  12. lagenda ku said

    rasa2 laa ni sbb org2 bndar dh x ambik pduli tentang jiran diorang. ntah2 org sakit pon x tau.kan2

  13. loko9691963 said

    dah nak terjadi..kalau tau nak jadi, takkan terjadi…

  14. nazeeha said

    lpas ni kita kenalah hati2..yang mana duduk berjiran ni, bertegur sapalah antara kita, baru jiran knl kita..keep it up.good luck final!

  15. aina08 said

    salam berita ni menarik sangat. tak hahis-habis kes rumah diceroboh. bilalah nak hidup senang

  16. Hasni said

    Kalau xfikir dosa, macam tu la jadinya, ikut suka ati je nak buat apa, xingat akhirat………

  17. rozzuwanimohamad said

    hai kesian lak kt students..kenape lah perompok2 nie x berhati perut sgt…lau ye pun nak harta free pegi lah cr orang2 kaya…br puas hati…pepandailah cr jalan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: