"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

PAS bersedia hadapi pilihanraya kecil Manek Urai

Posted by suhardi on 19 June 2009

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) – Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali menegaskan PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai Julai nanti.

Beliau menjelaskan persiapan awal dibuat memandangkan Umno begitu bersungguh-sungguh mahu menawan kerusi Dun tersebut biarpun sebelum ini parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti baru-baru ini.

Mustafa yang juga pengerusi Harakah menjelaskan, PAS tidak boleh memandang ringan saingan Umno biarpun sudah memerintah Kelantan selama 19 tahun.

“Pilihan raya kecil Manek Urai bakal menyaksikan saingan dari musuh ketat kita, Umno dan kita tidak boleh memandang ringan biarpun sudah memerintah selama 19 tahun.

“Segala strategi sudah diatur oleh PAS Pusat dan PAS Kelantan dalam menghadapi pilihan raya kecil Manek Urai,” tegas beliau.

Sebagai langkah untuk melancarkan kempen dan gerak kerja menghadapi pilihan raya kecil itu, Mustafa menjelaskan pada 13 Jun nanti, wakil dari setiap negeri akan ke Manek Urai untuk meninjau kawasan yang mereka bakal bertugas.

Mengenai persiapan logistik para petugas di Manek Urai, beliau menjelaskan PAS Kelantan telah bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan tersebut.

Menjawab persoalan yang berbangkit tentang Harakah yang tidak memberikan ruang kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini, Mustafa menjelaskan arahan itu dibuat kerana masalah tidak cukup ruang untuk calon-calon berkempen.

Namun begitu jelas beliau, ruangan-ruangan tetap yang melibatkan calon -calon yang bertanding tidak dihentikan kerana ia telah lama disediakan. – mns_

( Irwan Muhammad Zain, Haraka daily.net)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: