"Bbdah"

Kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak…

Archive for June, 2011

Antara langkah-langkah ke arah menwujudkan perpaduan di kalangan pelajar.

Posted by suhardi on 14 June 2011

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. aktivis sosial ‘integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Read the rest of this entry »

Posted in Feature | 1 Comment »

Jawapan Seni Dalam Pendidikan Modul 1/2..

Posted by suhardi on 11 June 2011

UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG
SOALAN TUTORIAL

Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan.
Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran
Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini.

 

.Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.
Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni. Read the rest of this entry »

Posted in Feature | 1 Comment »